Kecanggihan teknologi pada zaman ini memang sangat Membantu dalam setiap urusan seharian kita. Sedar atau tidak, kadang-kadang ia iuga boleh memeningkan kepala semua pihak termasuk pendidik guru.
Kajian Kes di IPG
Berikut merupakan senario di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG)
Ketiga-tiga kes di atas merupakan manifestasi kekaburan guru-guru pelatih tentang matlamat pencarian ilmu yang sebenar. Tugasan yang diamanahkan bukan sekadar perlu disiapkan, tetapi perlu dihayati proses pemerolehannya agar natijah yang dihasilkan memberi makna mendalam kepada mereka. Sekaligus, ini berupaya menyuntik kecintaan mereka terhadap ilmu, merasai kemanisan ilmu dan seterusnya memperoleh ilmu yang berkat iaitu ilmu yang dapat diamalkan apabila ilmu itu diperlukan.
Senario di atas juga menunjukkan “kebijaksanaan” bakal-bakal guru dalam memanfaatkan kecanggihan teknologi bagi memudahkan tugas mereka. Dan ini menjadi cabaran kepada pendidik guru. Dua persoalan yang dapat dicetuskan daripada senario ini.
Pertama
Di mana keikhlasan guru pelatih dalam usaha menuntut ilmu?
Kedua
Apa tanggungjawab pendidik guru dalam usaha menangani cabaran ini agar berupaya melahirkan guru-guru yang berintegriti, jujur, ikhlas clan paling penting mengutamakan budaya ilmu yang sihat?
Ikhlas Menyiapkan Tugasan
Apabila hasil kerja mereka dipersoalkan, pelbagai alasan yang akan diberi bagi mewajarkan tindakan mereka. Ada juga yang sanggup menafikan hasil tugasan itu sebagai plagiat. Bagaimanakah cara bagi menyedarkan mereka akan kesilapan yang diakukan?
Salah satu kaedah adalah dengan meminta pelajar tersebut menceritakan dengan terperinci perkara yang terkandung dalam hasil tugasan atau RPH mereka tanpa merujuk hasil tugasan tersebut. Sekiranya tugasan itu hasil plagiat, cara penerangannya tentu tidak jelas, teragak-agak, menyimpang daripada makna asal dan pelajar akan cuba mengelak daripada bertentang mata dengan pendidiknya kerana ia salah satu petanda orang yang bersalah!
Namun, lebih penting mereka perlu disedarkan tentang keikhlasan hati dalam usaha menuntut ilmu lantaran ilmu itu merupakan canaya yang hanya akan mencari bekas yang suci dan bersih untuk dikunjunginya iaitu hati yang ikhlas. Niat menuntut ilmu sebagai ibadah dapat mendekatkan diri kepada Pencipta. Mereka juga perlu dipupuk dengan sifat cinta terhadap ilmu serca kesedaran tentang kepentingan ilmu yang akan berupaya meningkatkan darjat dan nilai mereka sebagai seorang insan.
Sepertimana karbon (arang) yang terpaksa melalui proses bawah tekanan dan suhu yang tinggi bagi mentransformasikannya menjadi intan yang bersinar gemerlapan dan bernilai ribuan malah jutaan ringgit, mereka harus bersedia untuk berusaha dengan sabar, tekun dan gigih tanpa mengenal erti jemu dan putus asa dalam pencarian ilmu sekiranya ingin betul-betul muncul sebagai pendidik yang cemerlang.
Mengikuti Resam Orang Berjaya
Tiada jalan pintas untuk berjaya. Dengan mengamalkan budaya “cut and paste’; tugasan dapat diselesaikan. Tetapi, tanpa keaslian apatah lagi keikhlasan mana mungkin kecemerlangan dapat diimpikan.
Justeru, sesuai dengan kalimah iqra’yang merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., usaha pencarian ilmu perlu diiringi clengan membudayakan tabiat membaca bahan-bahan yang bermutu, berilmiah dan sumber yang autentik. Bukannya sekadar membaca dan menyunting bahan ringan yang diperoleh daripada internet, artikel yang tidak berwasit atau hasil tugasan orang lain.
Seterusnya, bahan bacaan tersebut perlu dianalisis, disintesis dan dinilai sebelum dicerakinkan menjacli hasil usaha sendiri di samping mengiktiraf usaha orang lain dengan memasukkan nama mereka ke dalam senarai rujukan.
Pada zaman teknologi maklumat ini, akses kepada maklumat teramat mudah di hujung jari. Pelajar sekarang terdorong untuk mengamalkan budaya ilmu yang ringan hingga ada yang hanya memuatkan hanya sumber Internet sebagai bahan rujukan. Ini menunjukkan mereka tidak lagi menjadikan buku sebagai sumber rujukan, sedangkan maklumat daripada buku lebih autentik lantaran telah dikenal pasti penulis serta kewibawaannya. Walhal, sesebuah buku telah melalui pelbagai proses (semakan, suntingan dan sebagainya) sebelum berada cli pasaran. Mungkinkah minat dan penghargaan yang merosot terhadap buku menyebabkan segelintir pelajar institut pengajian tinggi sanggup menjual Baucar Buku 1Malaysia?
Perkara yang lebih membimbangkan adalah apabila hal ini berlaku dalarn kalangan bakal guru, yang akan keluar untuk mendidik generasi. Apakah corak generasi yang akan dididik oleh guru yang mengamalkan budaya ilmu seperti ini?
Mampukah mereka melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi penclidikan negara? Atau lebih jauh daripada itu, mampukah mereka menjadi pewaris Nabi yang dapat membimbing manusia ke arah kebanagiaan hakiki di dunia dan akhirat?
Justeru, budaya ilmu yang sihat perlu terus dipupuk seiring dengan kepesatan dan kecanggihan perkembangan teknologi Kebijaksanaan dalam penggunaan teknologi perlulah berpaksikan pada satu asas yang kukuh sesuai dengan maksud yang tersurat dan tersirat dalam falsafah pendidikan negara kepatuhan kepada Tuhan. Sekiranya guru sebegini berjaya dihasilkan, insyaAllah mereka akan keluar untuk mendidik generasi yang bukan sekadar terpelajar, tetapi pada masa yang sama terdidik juga.
Suka penulis kongsikan kata-kata Mohd Yusof Othman: “Having highly literate but uneducated people do more harm than good.
I see, that https://produk2u.com.my needs unique & fresh content.
I know it’s hard to write content manually everyday, but there is solution for this.
Just search in google for; imcad’s essential
tool